Thursday, July 10, 2014

Oh Raya!

Salam,
HANI SYAKIRA lagi 4 hari nak masuk 2 months old ;)

uolss dah beli baju raya ke? Mommy ada jual baju raya tahun ni, baju ni mommy yang design and dijahit oleh tailor mommy. Siap masa pregnant hari tu tapi mommy takda mood pulak nak warwar kan sebab hormon mengandung took over all my feelings. Pastu dah bersalin kena berpantang lagi, badan pun masih bambam hikhik. Tiba tiba 2 hari lepas ada mojo yang membuatkan semangat berbisnes mommy naik kembali.

MARISSA uolss.
Nama kain pun dah lupa sebab dah lama beli kat Jakel, tapi kain ni cantik ada corak denim.

Hari tu mommy pergilah jalan jalan cari baju raya, since Hani ni fully breastfeed so nak beli baju pun sudah strict sebab mestilah kena nursing friendly.  Antara cabaran yang mommy hadapi adalah (cewah mcm essay pulak) baju skrg banyak yang ikut body shape so nak selak untuk nursing seksa lah pulak, pastu ada pulak baju yang penuh dengan beads kat lengan, leher and serata baju, takut pulak terkena muka baby Hani masa dukung dia. Jubah or long dress yang not nursing friendly memang bye bye lah! Pastu baju nursing yang mommy jumpa besar betul size nya, mommy tau lah skrg dah jadi mak budak, tapi mak budak yang muda lagi tau!

Jadi uolss baju MARISSA ni adalah a few features yang sesuai untuk mommies yang menyusu baby walaupun masa design tu tak fikir nak buat untuk nursing pun. Since baju tu bentuknya A-shape so memang longgar lah, jadi nak selak untuk nursing pun senang. Lengan yang berbentuk bell adalah trick untuk hide lengan yang bambam. Kalau uolss berminat boleh tengok gambar kat Facebook or Belog SLM. Baju ni available in S, M & L, kalau ada pertanyaan boleh email arniahmad@gmail.com

Thank you for reading this.
bye!

Thursday, July 3, 2014

Lima Ramadhan

Salam,

CAKKK!!
puasa tak uolss? Hani tak puasa sebab hani baby lagi. hikhik.. busuknya caption ni

Tidurlah anakkuuuuu..ewahh..
Seronok betul jadi mommy rupanya. 

so mommies yang berpuasa & menyusu bayi buat kali pertama, how was your puasa so far? My puasa for the first few days susah juga, sebab hani sangat fussy. I reckon sebab makanan yang mommy makan lepas pantang tak sesuai dengan dia. Mommy penat sangat so i just ordered food from restaurant. Susu pun macam kurang sikit especially semalam sebab Hani fussy tak boleh tidur sampai pukul 2.30 pagi, jadi mommy dah tak larat nak bangun sahur. Jadi untuk berbuka semalam mommy masak sendiri and stick to the menu masa berpantang. Alhamdulillah Hani tidur lama malam tadi.
Mommy selalu berdoa di beri kekuatan untuk menjaga baby Hani especially bulan puasa ni, semoga baby Hani tak banyak ragam hihi, dapatlah mommy rest.

So mommies yang menyusukan anak di bulan puasa, pastikan uolss makan makanan yang berkhasiat ketika berbuka dan bersahur. Jangan lupa minum air yang banyak supaya kekal hidrat ;) 

Thank you for reading this.
bye!