Sunday, January 20, 2013

plagiat

Posted by Arni Yusnita Ahmad at 10:02 PM
Salam semua ;)
Tajuk entri hari ni macam serious je, well sebenarnya tak berminat sangat pon nak tulis pasal hal orang lain kat blog ni, jaga hal sendiri sudah. Tapi kalau bab plagiat ni memang pantang mak nenek moyang lah, lagi lagi kalau kau plagiat hasil kerja aku (penggunaan AKU untuk entri ni sebab ada unsur marah). So, memang patutlah aku emo kat sini. Walaupun lepas kau dah delete gambar yang dicuri, tapi sorrylah aku ni jenis dendam. lagi lagi kau tak mintak maaf.

Ok ceritanya bermula jumaat lepas, ada seseorang hantar msg kasi tau ada orang copied my photo for her blogshop. Biasalah sekarang ni online shop berlambak lambak. Semua orang nak jadi businessman/businesswoman. Baguslah, berniaga kan bagus, Rasulullah pun menggalakkan umatnya berniaga, tapi kenalah jujur.

So cepat cepat lah pergi check siapalah yang nak copied gambar aku ni. Berapa banyak gambar dia copied? kenapa nak copied gambar aku? apa masalah dia sebenarnya? Sebelum tengok aku solat dulu, takot kemarahan tak tertanggung. ok fine.

Lepas solat aku pun go straight to the photo yang dicuri. Ouh gambar skirt yang famous ni rupanya. Dia cropped muka aku pastu tulis watermark kedai dia besar besar. then after further checking, semua gambar skirt (product shot) pun dia curi. Lalu aku pun tulis komen sopan sopan dengan harapan lepas aku klik enter dia dapat notification and ada sence of urgency untuk delete gambar ni cepat cepat.
Ni antara product shot yang dia copied. all together campur yang atas tu 8 photos semuanya . Penat aku buat watermark with swirly frame, aku ni bukan pandai photoshop sangat pun. nak buat benda alah tu pun ambik banyak masa. so sebab takot gambar menjadi lebih ketot sebab banyak sgt crop, dia just tulis watermark dia on top of my watermark.

so aku check setakat itu saja sebab Friday lepas sangat panas, aku asik nak demam je.

Keesokan paginya aku dikejutkan lagi dengan SMS yang memberitahu banyak lagi gambar yang dia curi. So aku cepat cepat bangun solat, dengan harapan mahu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
WHAT THE HECK? 
sejak bila aku jadi model untuk MY WARDROBE COUTURE ni? so,aku komen ganas sikit, disebabkan adrenalin mengalir laju aku type apa saja tanpa sempat mengedit sedar sedar dah tekan ENTER! Lantaklah.
engkau nak curi pun agak agaklah. Seriously I cannot brain this!

So i did some digging. Curious sangat nak tahu bagaimana gerangan orang yang sanggup membuat kerja macam ini. kenapa tak ambik gambar sendiri?dia ni mempunyai self esteem yang rendah ke? ataupun memang hobi dia ambil apa saja gambar di internet lalu claim gambar itu dia punya?
so first thing first aku cari info pasal page ni. MY WARDROBE COUTURE. Tagline: Online fashion boutique, CHIPPER price but high quality
seriously........ CHIPPER what?

Then aku klik kat about and then TADAHH got her name. So apa lagi jom tengok facebook dia.
Tengok tu, dia favour aku! Seriously i feel like shit. 

so aku pun check one by one gambar kat fan page dia, left a comment or two kat mana2 gamba aku.
dan sebenarnya banyak gambar lagi yang di curi. Semua aku dah printscreen, malas nak update semua kat sini. ambik mana yang penting untuk dijadikan contoh.

So i talked to my friends petang tu. We were curious to know kenapa after a day dia belum remove gambar gambar tu? Adakah sebab dia memang ignorance? ataupun too busy stealing other photos for her next sale?

So we were waited and did some research. My first comment was published on Friday@1pm. below printscreen  aku ambik pagi tadi (Ahad), so meaning to said below post dia update semalam lah kan. Maksudnya dia boleh update status lain lepas aku left her 2 comments (takkanlah tak dpt notification kot) and yet dia tak take any action pon.
Alamak last comment separa pulak, meh aku tolong pastekan


Im so glad ada orang yang sudi menyuarakan opinion, at least bukan aku sorang yang menegakkan isu plagiat ni.

Then above post and my photos were removed tengah hari tadi. But still ada beberapa gambar aku lagi dia belum remove.

From my observation, gambar2 dia memang tak konsistent. model bercampur campur. I deduce itupun curi dari orang lain punya gambar. Korang pergilah tengok sendiri, mana tau terjumpa gambar korang atau kawan kawan korang yang berusaha bersungguh sungguh berniaga.

Dan kalau korang kenal dengan tuan empunya kedai ni mungkin boleh advise dia supaya stop buat benda benda macam ni. Kalau hari ni kita buat kat orang, esok kita mesti kena balik. it's just simple as that.

Thank you for reading this.

THE END



16 comments:

Peri PiA said...

tumpang simpati

insyAllah rezeki Arni akan bertambah lepas ni,amin

org nak berniaga dia nak berniaga,tp malas...semua nak shortcut je

semoga dpt jadi pengajaran utk semua

misz aisya said...

entah2 dia guna gambar akak sbb brg dia jual kat pelanggan sbnrnye cikai je..

klau sy mmg takot nak guna hak org laen. xboleh blah betul dia!

Siti said...

mmg ada jns org berniaga cara mudah gini.save money byr model,photog.save masa nak photoshoot semua2 tu.tp mmg tak jujur dan x phm dgn org2 berniaga camgini.bkn ja dlm alam maya nih,kwn saya buka butik pun owner butik lain a.k.a si jahat pi masuk pura2 sebagai pelanggan dan curi2 ambil gambar produk dia.sedar2 ada kat fb dan page si jahat tu pastu claim itu produk dlm butik dia sendiri.bila org komplen dia kata org sengaja tuduh2 dia.sgt jahat kan!

Orkid said...

hish! xbermoral langsung!!

fadyxc said...

tak beretika bisnes lgsg. she shud apologize!

Syidah Nur said...

mcm2 org ni kan,, sabar ye sis :)

Adila said...

dia akan menyesal sesangat nanti..padan muka dia.

Suzie Yusof Mohamed said...

kite pon ade gna gmbr akak sekeping dalam entry blog tau!

http://www.suzieyusofmohamed.my/2012/07/fesyen-baju-raya-tahun-2012.html

helentea said...

Kite kan org islam.. x blaja ke hukum mencuri ape..kalau kt mekah sane kene potong tgn dah..ingat berkat ke rezeki hasil dr mencuri kerja org lain..
baik mintak halal utk brg2 yg dia jual hasil dr gmbr curi tu..

Arni skrg kan ade Personal Data Protection Act.. report same polis je next time..offenders can be jailed up to 3 years or RM 300k or both.. ajar sket baru padan muka..


thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/12/12/nation/20121212153344&sec=nation

Fieda Redzuan said...

tengok td ada lg la gambar dia tak remove..

Clara Emily Cancer said...

memang saya tgk lama dah facebook page my wardrobe tu curi pic dr sweet marshmallow.
rasanya cam penah tgk ade satu lg facebook page yg curi pic sis.
kalau ade sy akan bg link.
sy tau rasa mcm mana.
sebab yang jual online. sy usaha amek pic n edit sendiri.
then ade org copy masuk fb dia.
terasa sgt kite dh penat buat semua ini. orang tu senang je menumpang.

O'gosh Iskandar said...

orang macam ni pun ada...haish..

dya said...

x school punye olangg ... grrrr !!!

cik nur said...

wahhh sis macam orangada haihhh nak baut apa ptut dari usaha sendiri la kan lebih baik mcm tuh kan bru rasa puas and berbaloi kan hehehe :)

Nadya Bubble said...

Aiyooooo tak suka betul orang macam ni.

Undermerit said...

Arni in advancing your method of bussiness skill, sometimes being ignorance to such behaviour can provide you the bussiness X-factor . Your hard work and commitment years giving you a complete complimentary by those uncivilise human ethics. Moreless, dont get mess my dear and good luck with your endavor.

 

Arni Yusnita Ahmad Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting