Friday, March 21, 2014

31 weeks

Salam,
pekaba uolss?
pic taken yesterday. about 2 months to go mommy! hang in there.

Semalam pergi jalan jalan cuci mata sebab bosan dok umah, entah mana silapnya balik rumah je terus dapat runny nose. Pagi ni bangun tekak dah mula sakit, simptom awal nak demam mula kelihatan. Tak best sakit time ngandung ni, especially kalau batuk memang sakit perut dibuatnya. So hari ni mintak hubby bawakan limau nipis utk diperah dalam air suam and madu. At least 3 hari baru tekak akan OK, and runny nose if it get worst no choice memang kena amik piriton sebelum tidur sebab saya ni kalau sinus attack memang teruk. Kalau boleh memang nak elakkan ubat ubat ni, tapi camne kan terpaksalah.

Last week pergi check up baby dah mencapai berat 1.57kg. Bagus anak mommy ni, membesar berkadar langsung dengan mommy! I gained 17 kg last week, phewww risau lah jugak tapi doctor kata ok je ;) Baca blog Dr Halina dia pun naik almost 30kg spjg pregnant, so i should not be concern about my weight. 

Sepatutnya hari ni nak pack barang barang yang nak di bawa di hospital (dah postpone sejak berminggu minggu lepas ;P) tapi malas betul. List dah ada, nak masukkan dalam beg je pun tapi masih belum mahu buat lagi. mommies-to-be, uolss lebih baik packing barang barang awal, only 5% of babies yang lahir on actual EDD, most women give birth between 38 and 42 weeks of pregnancy. But anything can happen, so kalau dah pack awal in case apa apa berlalu takdelah kelam kabut and tertinggal apa2 yang penting.

Jadi instead of packing, mommy nak blogging tentang perkara yang mommy teringin/rindu sangat skrg ni:

Makan
ahhh makan lagi! Skrg dah tak berapa larat nak masak lama2 kat dapur. Masak simple simple je macam omelet, nasi goreng and simple pasta tu boleh la kan. Ini adalah antara makanan yang teringin sangat nak makan sebelum bersalin hikhik.

1. Nasi ayam
my homemade nasi ayam.

Selalu masak ni masak pregnant sebab suka sangat, last masak nasi ayam ni adalah pada minggu ke 28 untuk sheera sebab dia dah nak balik aussie. 
Saya punya versi pastilah ayam yang diperap dengan madu, kicap ABC, sos tiram & black pepper lalu di bakar di dalam oven.  

2. Laksa
Laksa memang makanan favourite saya. Laksa sedap yang boleh dibeli di shah Alam ni adalah laksa utara yang dijual kat sek 7 (belakang anjung 7). Rasanya masih konsistent sejak 4 tahun lepas. Laksa ni tetiap ahad pun hubby akan belikan. Laksa yang saya teringin sangat nak makan adalah assam laksa midvalley. 

3. Durian
Baru 3 hari lepas makan durian beli kat pasar malam. Tapi mesti mahu makan at least sekali lagi bfr bersalin. 

4. Vongole
Banyak sangat menonton rancangan masakan, minggu lepas ada sorang chef ni masak Spaghetti Alla Vongole. Fuhh terus teringin nak makan. Dulu masa zaman study suka beli vongole kat Fish Market buat masak lemak cili api, makan dengan sambal belacan memang heaven. Kat sini tak tau lah mana nak cari vongole ni, pernah beli sekali je kebetulan berada di Tunas Manja Temerloh. Itu kali terakhir makan vongole.
hai sayalah vongole. Size macam kerang and sangat manis.
pic google.

Menjahit
gambar last year masa tengah jatuh cinta dengan mesin jahit baru.

rindu betul nak menjahit. Sejak tau pregnant kelas menjahit bersama auntie gaychin pun saya put on hold dulu sebab memang nak jaga kandungan. Lagipun sejak pindah rumah ni mesin jahit pun masih terperuk dalam box, so memang tak menjahitlah kan.

Babymoon
Teringin sangat nak pergi beach. Any beach will do. Nak tengok laut, nak ambil gamba silhouette, nak minum air kelapa tepi pantai, dan macam macam lagilah benda yang boleh buat kat beach.

Itu jelah kot perkara yang rasa rindu/teringin sangat nak buat masa pregnant ni. Babymoon tu kalau tak dapat pun takpe since dah sarat skrg ni, jalan pun dah mcm penguin. uolss pulak macam mana?

Thank you for reading this.
THE END

8 comments:

  1. kita baru 16 weeks today, bab makan berselera tp pantang mkn pedas dan masam menyebabkan terpaksa had kan makanan :(
    sejak pregnant sampai skrg ni berat naik belum turun hehehe! selera mkn sgt baik sampaikan tgk pic2 makanan arni teringin dan-dan tuuu jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, arni masa first trim tak lalu makin, habis je alahan terus selera naik mendadak.
      takpe yang penting amik makanan yang berkhasiat, bykkan sayur n buah.

      take care tau

      Delete
  2. Kak ina dulu pregnen naik sampai 35kg..ha ha pengsan nak turunkan balik..rasanya awak senang kot nak slim lepas due :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh yeke smp 35kg. at least arni takdelah rasa down sgt ;)
      kena exercise and pantang betul2 ni, kalau tak mmg susah gak berat nak turun nanti

      Delete
  3. Assalamualaikum arni... comelnya.. sheila turun 0.5kg dalam masa sebulan tau. risau gak baby kecik. bulan ni niat nak makan banyak since check up 2 minggu sekali. hiewhiew ;p

    ReplyDelete
  4. i tak naik berat pun masa preggie hari tu. haha. nasib baik checkup kat swasta so takdelah kena bebel dgn nurse macam org2 checkup kat KK gov tu.. by the time I beranak, terus dpt blk pre-pregnancy weight.. skrg i fully breastfeed my baby so mmg berat tak naik2 dh, maintain je :-)

    ReplyDelete
  5. cik wok...kome naik ~15 todards the end of my pregnancy. tp xpe as long as baby n mommy heathy pun dah cukup. Kome bersalin Wk37 =P hahah...so once masuk 3rd trimester mmg kena dah prepare bag.....

    ReplyDelete
  6. hi mommy.. selalu baca je arini nak komen hehehe..
    kite last year preggy naek 10kg je hehehe...plus minus baby kuar 3.15kg..oj laa mama dia naek sikit je laa kire hihhi..

    by the way, packing from now sbb kite last year 36 weeks 3 days da bersalin..:) kat kpj shah alam..:)
    pg tu g chek up biasa 9 months punyer chek up, aleh2 baby mengeras masa scan, doc seluk2 da buka 3cm, terus laa dia kate "PETANG NI BERSALIN YER, BABY NAK KUAR DA TU" hahaha tanjat mama :)

    all da best dear..:)

    ReplyDelete